button

Navigasi Fuji-Kawaguchiko untuk pengembara bebas

Aktiviti Luar

Walaupun aktiviti yang melawat kuil, muzium, dan muzium seni untuk menikmati nilai budaya Gunung Fuji menarik, aktiviti bersiar-siar dengan berjalan, berlari atau berbasikal untuk menikmati nilai-nilai budaya tersebut tentunya menjadi kenangan di Gunung Fuji yang lebih mendalam. Bandar Fuji-Kawaguchiko yang terletak di Utara kaki Gunung Fuji yang dikelilingi gunung, hutan, dan tasik membolehkan pelbagai aktiviti luar dijalankan. Pelbagai acara yang berkaitan dengan aktiviti luar diadakan di Bandar Fuji-Kawaguchiko. Mahukah anda menikmati aktiviti luar dan sukan di kaki Gunung Fuji dengan santai?

Bersiar-siar

Bersiar-siar

Di kawasan Tasik Kawaguchiko yang menjadi kawasan penginapan utama terdapat “Kuil Kawaguchi Sengen” dan “Kuil Fujiomuro Sengen” yang menjadi salah satu bahagian Warisan Dunia. Anda boleh berjalan-jalan dengan selamat dan selesa sambil menikmati pemandangan kerana laluan khas pejalan kaki dilengkapi di tepi tasik.

Mac Momiji Fuji-Kawaguchiko

Mac Momiji Fuji-Kawaguchiko

Hari Sabtu dan Ahad (2 hari) pada pertengahan bulan Oktober
Seluruh kawasan Tasik Kawaguchiko
Setiap tahun seramai 4,000 orang bersiarsiar sambil menikmati daun maple (momiji). Kejohanan Rasmi Liga Perarakan Jepun, Kejohanan Rasmi Persekutuan Sukan Rakyat Jepun dan Antarabangsa.

Mac Momiji Fuji-Kawaguchiko

Nordic Walking

Nordic Walking

Nordic walking adalah aktiviti berjalan dengan menggunakan dua tongkat. Persatuan Nordic Walking Antarabangsa Gunung Fuji (Mount Fuji International Nordic Walking Association) ditubuhkan di Bandar Fuji-Kawaguchiko dan lebih daripada 100 penginapan menyewakan tongkat untuk aktiviti tersebut. Setiap pagi dari pukul 6 anda boleh berjalan di tepi tasik bersama-sama para penasihat.
Persatuan Nordic Walking Antarabangsa Gunung Fuji
TEL.0555-72-6220        http://www.fureai.asia/fuji-norudhikku/

Acara Nordic Walking Acara Nordic Walking

Larian Nordic Antarabangsa Gunung Fuji

Musim Luruh
Laluan pendakian pintu Funatsu Gunung Fuji (Hutan Sozonomori-Hentian Kelima)
Anda akan berlari melalui laluan pendakian pintu Funatsu yang wujud pada abad ke-13 dan terkenal pada abad 17-19, menuju Hentian Kelima Gunung Fuji. Anda boleh menikmati limpahan hutan rimba.

Trekking

Trekking

Laluan trekking Misakasankai merupakan tempat mengamati Gunung Fuji yang paling istimewa. Meskipun terdapat pelbagai laluan di sana, kami mencadangkan laluan Mitsutoge yang secara relatifnya mudah dilalui.

trekking map

Acara Trail Running

Ultratrail Mount Fuji®

Ultratrail Mount Fuji®

Hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad (3 hari) akhir bulan April
Mengelilingi satu kali pusingan kawasan pergunungan Gunung Fuji
Anda akan berlari dan berjalan di kaki gunung dan laluan pendakian Gunung Fuji sepanjang 161 km. Aktiviti luar yang belum pernah diadakan.

Ultratrail Mount Fuji®
Trail Running di Kaki Gunung Fuji

Trail Running di Kaki Gunung Fuji

Hari Sabtu pertama bulan Oktober
Kawasan pergunungan di sekitar Tasik Kawaguchiko dan Tasik Saiko
Anda akan berlari di laluan yang boleh melihat Gunung Fuji, Hutan Aokigahara, dan 5 tasik Gunung Fuji.

Trail Running di Kaki Gunung Fuji
Trail Running di dalam hutan rimba (Forest Trail Run)

Trail Running di dalam hutan rimba (SHINRIN-YOKU Trail Run)

Hari Ahad ketiga bulan Oktober
Hutan rimba dan pegunungan di sekitar Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko
Laluan yang bertumpu pada jalan hutan dan jalan untuk pejalan kaki hutan belantara yang berharga ini adalah laluan yang sangat terkenal keindahannya di dunia.

Trail Running di dalam hutan rimba (Forest Trail Run)

Joging

Joging

Satu pusingan Tasik Kawaguchiko adalah sekitar 20 km dan dilengkapi laluan khas pejalan kaki sepanjang 14 km. Anda boleh menikmati joging dengan selamat dan selesa sambil menatap tasik dan Gunung Fuji. Di Tasik Saiko yang erjarak sekitar 10 km satu pusingan dilengkapi dengan penanda jarak kilometer setiap 1 kilometer.

Acara Maraton

Larian Jalan SAIKO

Larian Jalan SAIKO

Hari Ahad ketiga bulan Jun Tepi Tasik Saiko
Seramai 5,000 orang akan berlari sepanjang tepi Tasik Saiko.

Larian Jalan SAIKO
Fujisan Marathon (Maraton Gunung Fuji)

FUJISAN Marathon (Maraton Gunung Fuji)

Hari Ahad terakhir bulan November
Tepi Tasik Saiko / Tasik Kawaguchiko
Disertai seramai 16,000 orang pelari dari dalam dan luar negara. Acara Maraton Resort terkenal Jepun yang boleh dinikmati oleh peserta baru hingga peserta mahir.

Fujisan Marathon (Maraton Gunung Fuji)

Berbasikal

Berbasikal

Kami mengesyorkan anda mengelilingi 5 tasik Gunung Fuji dengan berbasikal. Jarak antara Tasik Yamanaka dan Tasik Motosuko sekitar 40 km. Basikal untuk disewa juga disediakan.

       
Basikal Sewa (basikal biasa)Ebisuya
ShokudoOmiyageSazanami
TEL.0555-72-0165
TEL.0555-72-0041
Penyewaan Basikal GunungCountry Lake SystemsTEL.0555-20-4052
http://www.c-ls.jp/
PAScle Kawaguchiko
(Penyewaan Basikal Elektrik)
Royal Hotel Kawaguchiko
Country Cottage Ban
FujinoyadoOhashi
ShokudoOmiyageSazanami
KawaguchikoOnsenji
Hotel Primavera Suite
TEL.0555-73-2228
TEL.0555-76-6234
TEL.0555-72-0500
TEL.0555-72-0041
TEL.0555-72-6111
TEL.0555-72-8884

Aktiviti Berbasikal

L’EIYU

L’EIYU

Hari Sabtu-Ahad (2 hari) pertengahan bulan Mei
Seluruh kawasan Barat kaki Gunung Fuji bahagian Utara
Acara ini merupakan acara rasmi yang berkaitan dengan acara berbasikal tua “L’ Eroica” di Itali. Sesiapa yang memiliki basikal tua yang dibuat sebelum tahun 1987 boleh menyertai acara ini (bukan acara perlumbaan berdasarkan kepantasan)

Nikkan Sports Cycle Grand Prix

Nikkan Sports Cycle Grand Prix

Hari Ahad kedua bulan November
Tepi Tasik Saiko
Perlumbaan basikal terbesar dan terunggul di Timur Jepun. Lebih kurang 2.000 orang pengayuh tempatan akan bertanding.

cycling map

Kanu

Ada empat daripada lima tasik Gunung Fuji di Bandar Fuji-Kawaguchiko dan anda boleh menikmatinya dengan memancing dan berkanu. Di Country Lake Systems di Tasik Kawaguchi terdapat sekolah kanu serta kanu untuk disewa, dan anda boleh menikmati pemandangan Gunung Fuji.

Country Lake Systems
TEL.0555-20-4052
http://www.c-ls.jp/

Ekopelancongan

Ekopelancongan

Di Hutan Aokigahara yang terhampar hutan belantara serta di tempat jenis tanaman yang tumbuh di kesan lava seperti Lubang Pepohon Funatsu yang menjadi pendukung Warisan Dunia, eko-pelancongan berpandu sememangnya terkenal. Di dalamnya kami mengesyorkan Gua Saiko Komori (Gua Kelawar Saiko) iaitu gua lava terbesar di hutan Aokigahara.
*Hanya ada pemandu berbahasa Jepun.

Ekopelancongan

        Makanan

Sejarah dan Budaya

↑  Ke atas laman

Copyright c 2014 TOWN OF FUJIKAWAGUCHIKO All Rights Reseved.